buat bakal imamku


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Ke hadapan calon imamku... 
Apa khabar kamu disana? dengan izinNya, aku ingin mencoretkan sesuatu buatmu..
Dengan penuh rasa syukur, aku berterima kasih kepada Allah kerana menganugerahkanmu kepadaku.

Coretanku ini bukanlah untuk mengganggu atau menggusarkan hatimu.
Cuma sekadar coretan hati kecilku..
ketahuilah dirimu bahawasanya aku ini hanya insan yang lemah.. dengan itu aku memerlukan kamu sebagai penguat untuk aku terus menempuh segala dugaan dan cabaran yang telah Allah berikan.
Aku bukalah jelitawan seperti apa yang engkau harapkan, aku juga bukan hartawan yang akan membanjirkanmu dengan harta dunia..

wahai bakal imamku..
Aku akan ikhlas menerima segala kekuranganmu.
Tanpa ada keluhan..
Tanpa ada rasa jemu..
Tidak ku minta emas permata,
Tidak ku minta ketampanan darimu..
Yang aku perlu adalah kamu, menjadi Imam di dalam keluarga yang sakinah..
Aku menginginkan kamu menjadi Imam disetiap solatku.
Aku inginkanmu sebagai Imam untuk membimbingku kejalan yang benar. 

duhai imamku...
Dimanakan engkau?
Aku akan setia menantimu dengan penuh sabar.
Aku tudak akan pernah lelah untuk itu. 
Yakinlah denganku wahai Imam.
Dan saat itu, ketika kita dipertemukan.
Aku telah persiapkan diriku untuk menjadi makmum mu..

Aku menyayangimu bakal Imamku walau siapa pun kamu hanya kerana Allah..



dont be sad

assalamualaikum... lama tak post entry.. 
then hari ni, nak post something... about him..
dah jadi lain.. lain sangat. dah jarang nak senyum. dah jarang nak kongsi cerita, diam je. 

aku sakit takde pun nak nasihat-nasihat, jaga makan minum ke apa ke. orang lain sakit, nasihat bukan main lagi ya Allahhhh.. cakap lemah lembut, pijak semut pun tak mati. 
sms dh takde. takde kredit katanya.. so terima je laa. online plak, lansung tak terasa pun nak text, orang lain boleh pulak conversation berjela-jela. sakit hati takde sapa pun yang tau. 

kuatkan hati aku Allah.. tunjukkan aku kebenaran..

merapu meraban di pagi jumaat

hari ni sambung lagi meneroka coding-coding blog skin neh.. bila nak terer tataw..
ok sebenaq-benaqnya base cod aku dapat dari blog anis, betol la kot nama dia.. 
but aku tak inform lg kat dia yang aku hambek benda alah nih.. muahahaha.. 
jap g ler aku g ketok pintu umah dia bagi salam semua okey bebeh?

dengan perut yang tersangat sakit, then pakcik kt luar tu dah buat simen.. terpikir lak, cane la aku nak kluaq jap g hoh?? simen tu kan lembut2 bak sutera lagi. pintu blakang la gamaknye.. hah gasak lahhh asalkan aku boleh keluar.. kalau duk dalam rumah ni terperap dalam bilik ngadap laptop. tu le keje haku hari-hari. 
tah berapa mini sangat la lappy aku rehat.. cian cayang cayang ucuk mama ni lahai.. *ok gedik sikit

nak buat cane kan, ni je la kawan aku dunia akhirat.. err.. tipu je, kawan aku saat aku bosan ada lah kot.. 
............

terstop lak kat ayat atas nih.. lepas 2 3 4 jam bru aku continue taip menaip.. haishhh.. pebenda yang aku buat ntoh ler sampai boleh pulah ter'paused' tulis entry.. 
mokcik nyanyok dah nakk..

haha, g sembang-sembang dgn pakcik tuan rumah yang tengah bancuh simen kat luor tu, nampak pulak jiran depan rumah yang selama ni biar je kosong rumah tu. datang mengemas ngemas kot. beli rumah besar besar tapi biar kosong.. lahai rugi kot.. sewakan kat orang pun ok apa kan.. masuk jugak duitnye goyang kaki je pun.


tu simen tu lembut lagi u'ollssss.. acene la aku nak keluar.. pakcik ni plak buat kejenye tak reti nak simpan barang.. main parking je kereta tayar satu tu kat depan tu.. lahai semak pulak mata ni memandang.. 

okbabai..
*suka gila stop mengejut*

17 ramadhan 1434

alhamdulillah hari ni dah 17 ramadhan.. ramadhan akan meninggalkan kita.. tak tau la tahun depan sempat ke tak bertemu lagi.. 
*sedih pulak

alhamdulillah hari ni dapat berbuka dengan rezeki yang ada.. 


puding karamel gitu... tapi makan dah nak habih baru teringin nak ambik gambaq. pesyen dah perangai.. 
hari ni makan 2 orang alhamdulillah rm8 je.. kemarin aku makan sorang sampai rm11.. gilo gak kayap + botak la tiap hari cenni..

semalam dengaq depa-depa main game yang dulu masa zaman sekolah aku pun layan gak.. 
alaaa game yang bg hruf, pastu kena cari nama orang, nama buah, benda yang start dari huruf yang dah bagi tu laa..
yang aku tak tahan aku terdengar, kena cari huruf A. mai kat bahagian binatang tetiba ada yang tulis Alien.. haha.. *alien tu menatang kaa??*

aku duk mamai-mamai nak tidoq tu pun buleh sedaq tergelak.. 

ok babai.. *saja nak break mengejut, duk nampak buah naga dalam peti ais.. 

mereka datang dan pergi

Allah tu maha Hebat...

dalam bersahabat, Dia bagi macam-macam ujian...
mula-mula dia bg 8orang... lepas habis spm, semua berpecah... 
masuk kolej, Dia bg 3 orang, hilang sorang ada lg dua.. pastu bagi balik ganti yang hilang tu sorang.. lepas tuuu...
aku hilang ketiga-tiga.. tak lama, Allah bg balik dua orang, tak lama pulak tambah lagi sorang.. hilang dua orang, Allah tambah lagi 5 orang dan macam tu sterus-seterusnya...

Alhamdulillah.. Allah masih sayangkan aku... uji aku mcam-macam nak aku sentiasa ingat kewujudanNya.. 

#TERIMA KASIH

sepi...

tika ini, apabila kita sudah tidak lagi diperlukan...
sakit... luluh.. hanya diri sendiri yang tahu..
apabila diri ini diketepikan.. 
satu penyiksaan yang tak tertanggung..

aku.. perlukan kekuatan.
ujian dan cabaran terasa sepeti beban yang teramat-amat berat.
segalanya perlu dilalui, tanpa ada seorang pun yang menemani...
hanya air mata yang jadi peneman sepi..
esak tangis menjadi melodi.
perasaan sebak sentiasa menyelubungi..
dan sekali lagi air mata jatuh ke pipi.. 

salah aku kah semua ini terjadi...?





#Hanya Allah
#dan Awak...

TERIMA KASIH

Syawal Giveaway by Syazlia & FD


assalamualaikum..
dah lama aku tak menelaah benda alah ni.. join give away.. nk join pun macam cuak jaa.. haha

sebenornye aku terpegun jer dgn hadiah2 yg tersenarai tue.. best-best semua


klik banner untuk join

Senarai hadiah:
Peplum tribal x 3
skirt lycra x 1
pashmina x 1
shawl x 1
brooch x 3
topup RM10 x 2
topup RM5 x 3
duit Raya RM20 x 2


yeaaayyy..!! story mory

assalamualaikum..

soalan first.. hari ni nak guling-guling kat tengah jalan boleh dak??
bak kata orang seronok tak terkata laa.. sebabnya final dah habis tapi untuk sem ni jer laa.. ohh exam.. kita bertemu lagi sem depan yaa.. hahaha

rasa macam nak tulis banyak-banyak jaa padahal idea tak mencurah-curah langsung pun.. sekarang jarum jam menunjukkan pukul 5.35 a.m... *okayy tipu jer, jam lappy mana ada jarum*

rasa macam terlalu goyang kaki pulak bila dah tak pegang buku.. maklumlah 2 3 minggu asyik ngadap buku je manjang kan.. malam td jadi cuak.. haha sampai tak tau nak buat apa.. roomate layan korea, aku pun layan. tapi tak lama pun sebab aku dah tengok citer yang dia tengok tuu..

semenjak 2 menjak ni jugak aku selalu google pasal 'braces' *"dia" tu suka kutuk gigi aku. meluat*
pastu lagi google baju.. raya dah dekat kann.. then google pasal tudung, shawl bagailah..
seriusly aku suka sangat tengok perempuan muslimah pakai shawl labuh-labuh ikut hukum tu dripada tengok yang pakai shawl tak cukup diameter tu.. *kata-kata pedas untuk diri sendiri jugak*

sapa kata nak tutup aurat tak boleh bergaya kan? cukup kita tengok Heliza Helmi dah laa.. tutup semuanya apa yang patut ditutup, jadi artis jugak kiahh oi..

suka betoi la aku dengan dia ni.. tomey-tomey lahai..

haa ni plak deena..



always ikot perkembangan blog dia.. sumpah best.. dulu aku tak kenal pun sapa dia ni.. one day roomate kat asrama tunjuk 1 video yang ni..


excited kot, nak jugak macam tu.. sweet sangat-sangat.. umur baya2 aku je *lebih sikit kot* dah kawin and dah ada baby.. *okay jeles sebenarnya*.
ngee~

okay setakt ni jer.. solat subuh the buat apa yang patot..
*tidoq kot walaupun tau memang tak elok tidoq lepas subuh.. aiyarkkk..!

buat menjamu mata sang kekasih..  

ala-ala kembali ke zaman kanak-kanak riang

DIA

assalamualaikum..

tak tau macamna nk start menulis.. alhamdulillah sekarang tengah sibuk dengan exam.. study study n study sampai otak tepu.. on lappy, terasa hati macam nak update blog about something.. something yang aku rasa aku nak sangat.. 
apa yang aku nak???
bakal suami yang soleh.. beragama.. subhanallah.. andai itu semua ALLAH tunaikan untuk aku..
tapi cukup baikkah aku untuk dapat future husband yang macam tu??
aku inginkan "dia" yang boleh membimbing aku ke jalan ALLAH. yang boleh bawa aku ke SYURGA ALLAH dan bukan ke NERAKA ALLAH.
"dia" yang sentiasa memahami diri ini, yang sentiasa menjaga diri ini, yang akan selalu memberi semangat untuk diri ini.. aku tak ingin lelaki yang sentiasa jadikan aku tempat untuk dilepaskan segala amarahnya, aku tak mau lelaki yang hanya mementingkan diri sendiri dan nafsunya semata-mata. ALLAHUAKABAR. sungguh tinggi cita-cita aku.. 

ALLAH.. tunaikanlah permintaan hambamu yang jahil lagi lemah ini.. jadikan diriku yang terbaik dimata Mu ALLAH.. jauhkanlah aku dari lelaki yang jahil agama, jauhkanlah aku dari lelaki yang mementingkan diri sendiri, jauhkanlah aku dari lelaki yang aku tak boleh harapkan untuk menjaga aku, jauhkanlah diri ini dari lelaki yang tidak tahu melayan aku sebagai wanita.. andai sememangnya aku ditakdirkan untuk lelaki seperti itu, ENGKAU berikanlah rahmat Mu untuk aku menerima "nya" dan berikan kekuatan serta ilmu yang banyak untuk aku mengubah diri "nya" menjadi hamba yang bakal memenuhi SYURGAMU ALLAH..
AMIINN...



T_T

kawan atau sahabat.. perlu ke diagung-agungkan???


assalamualaikum.. 
selalu sangat aku menyepi sekarang.. kemalasan sangat-sangat aku nak menaip dengan presentation tersangat menghimpit diri ini.. adui... macam pelik lak cara aku tulis..
haha abaikan.

hari ni hari sabtu..  esok ahad.. ada kelas, midterm plak.. huargggggghhhh....!! tak suka.! nasib baik kelas petang..  hehe.. subjek yang aku suka sepanjang aku kt insaniah ni.. BAHASA ARAB.. kehkehkeh..

berbalik kepada topik.. kawan ke sahabat ke, sunggu aku cakap, aku jenis yang menghargai kawan-kawan aku. tapi berdasarkan pengalaman yang ada, aku rasa tak perlu la nak hargai sangat kawan-kawan tu.. hampeh ja.. diorang bukan tau nak bersyukur pun.. tu bagi aku laa sebab mungkin salah pilih kawan or whatever.. and bak kata room mate aku ni, mungkin kita sendiri yang ada dosa kat mana-mana, so Allah nak suruh kita balik kt Dia. mcm ni la ujian yang dia bagi.. Alhamdulillah.. ada benarnya jugak apa yang dia kata tu.. tapi aku tetap tak puas hati.. entah laa.. hati aku ni jenis keras nak berlembut dengan orang.. sekali aku tak suka, selamanya aku takkan suka, sekali aku benci, selamanya aku benci.. orang tak mau kawan dengan aku, aku pun boleh tak kawan dengan orang.. orang sombong dengan aku, ingat aku tak boleh sombong balik ke.. pe de hal..  


manusia zaman sekarang..!!!

assalamualaikum.. lamanya jari jemari aku yang runcing lagi mulus ni tak menari-nari atas keyboard untuk berblogging.. untuk asgnment ada laa.. bz sesangat laaa...

back to the topic today.. aku geram sangat sebab ada la sorang hamba Allah ni.. dia baru tlg aku sekali, tu pun just hantar aku balik rumah je.. (actually xsampau depan rumah pun.. kat jalan besar tu je) then disebabkan aku tak boleh tolong dia satu hal yang teramat kecik lebih kecik dari semut lahh, terus dia kata aku tak kenang budi.. tu semua just sebab dia bergaduh dengan makwe kesayangan dia tuu.. *sayang sangat kewwww??*

kat sini aku boleh simpulkan yang dia tolong aku masa tu tersangat lah tak ikhlas.. 

bro..!! kalau tak ikhlas bagitau awal-awal laaa.. aku tak hingin pun nak numpang kereta burok ko tuu.. nyakit hati ja...

itulahh alkisahnya...

haha lupakan kisah tuu.. n kisah terbaru aku... aku dah start masok kampus baruuuuu...!!! alhamdulillah sangat selesa..




ni la dia kampus baru aku tuu.. permandangan waktu malam lagi.. haha.. kolej ni gila femes, masok tv sedia.. tp bukan masa iklan tu, masa buletin jam8.. haha kontroversi kot.. tp alhamdulillah.. hati aku tetap sayang insaniah.

I LOVE INSANIAH..!!

kepada adik-adik yang baru lepas ambik keputusan spm tu.. meh la daftar kt insaniah ye.. kontroversi tu just kontroversi je.. xda apa-apa meaning pun..



happy birthday to me..!!

assalamualaikum..!!

berhabuk dah blog aku ni.. tak sempat sangat-sangat. coeyy ea sweetheart.. tak sempat nek jengah-jengah pun.. 
cian dia kann..

happy birthday to me..!!! bukan hari ni.. semalam.. 12.01..dah tua dahh.. tak boleh la nk gedik-gedik macam budak-budak lagi dah.. pastu dah tua bangka nie takde sapa nak hulur-hulur hadiah dah sebab makin besar ofkos la hadiah makin besar..

but my mum buy me CAKE...!! terharunya.. thanks mom.. love you..!

nyummyyyyy..
masa tu pulak kat rumah kazen-kazen aku yang kecik-kecik tu semua ada. buka-buka jer kotak kek, terus hilang yang bunga-bunga atas kek tu.. nasib baik sempat snap jugak.. tu pun ceri tu dah kene curi satu.. haha..

apa-apa pun, aku harap semoga aku akan jadi lebih baik, dan lebih segala-galanya lahh dari sekarang. aminnn... tapi bukan bermakna aku tak baik sekarang ni.. 

terbaru before g kelas..
done for today.. lain hari update lg.. nak pi makan sebab sangat lapar.. 

BABAI..!

permualaan 2013

assalamualaikumm.. tahun baru, azam baru, segala-galanya perkara baru.. buang yang keruh ambil yang jernih.. 
*ohh betapa skemanya

dah start sem baru, tersangat-sangat sibuk, nak hapdett blog ni pun macam malas.. tersangat-sangat malas.. 
bangun pagi pergi kelas macam biasa, balik makan tidur.. petang plak pergi kelas lagi, tido dalam kelas, balik kelas, sambung tido lagi.. and macam tu la tiap hari.. terutama hari selasa.. pack sangat-sangat jadual.. nak rest solat pun macam tak sempat..

hari tu masuk kelas prof sanusi, subjek fiqh muamalat.. dia lecturer luar, so speaking direct.. tapi boleh faham english dia, tak tinggi sangat dia guna.. diorang cakap kalau dia ajar degree memang dia guna bahasa tinggi laa..
tak mengantuk sangat dia ajar tapi kalau mai time ngantuk tuu, habis kertas-kertas yang ada aku akan conteng.. lukis macam-macam penuh satu kertas.. 

ni dia haa prof sanusi


that night plak ada meeting dengan ajk perkhemahan bulan sabit merah.. aku ni bukan ajk, aku ni mantan ajk je.. lecturer panggil kami-kami yang dah berpengalaman ni tolong diorang buat program.. 

pengarah turun meeting pakai kain pelikat je, sempoi..



budak comot pun ada jugak..!!!
diorang senang, buat keje orang suap semua.. kitorang dulu penat perah otak nak buat paper work.. aku siap tension maki-maki semua orang.. 

tapi last-last dapat juga duit untuk program tu.. kitorang tak payah hulur 1sen pun.. alhamdulillah.. tak rugi titk peluh aku.. haha..

nota kaki: tak sabar nak menyemak kat kem diorang.. nak buli cukup-cukup