aku

aku ni manusia
akal aku cetek
fikiran aku pendek
pandangan tak jauh
sebab tu kadang-kadang aku ni bodoh

buat itu ini langsung tak fikir
bukan tak fikir tapi tak fikir panjang
akal sentot

bila something happen
baru aku nak menyesal
baru aku nak buka mata
baru aku akan kata 'oooo patut laaa'
baru aku akan rasa 'menyesal'
tapi menyesal aku tu dah tak berguna
terlajak perahu boleh diundur
terlajak kata badan binasa

hati menangis
mata pun nak menangis
dah menangis
still tak settle
still masih dalam keadaan yang sama
masalah masih ada
serabut still tak menjauh

mungkin salah aku
kifarah untuk dosa aku
mungkin amal aku belum cukup
mungkin aurat ku belum tertutup
mungkin maksiatku masih tidak terkawal
Allah tu maha Adil

tak apa...
aku redha
aku pasrah
aku usaha apa yang perlu aku usaha
aku tawakkal setakat mana yang aku mampu

untuk yang kehadapan
aku mohon semuanya yang terbaik
segala perubahan yang positif
sabar itu penentu segalanya
sabar..

18 NOVEMBER

18NOVEMBER
lahirnya seorang insan kedunia
putih
bersih
suci
tiada sebarang kotoran
bagaikan kanvas putih terbentang luas tanpa ada walau setitik zarah yang mencemarkan
lalu diberi warna
berkilauan...
merah, biru, jingga, kuning dan sebagainya
oleh insan-insan yang ku rasa cukup terbaik dalam hidupnya.
membentuk corak-corak yang penuh berwarna
juga tiada cacat celanya dengan lukisan itu
dengan jiwa yang entah bagaimana aku perlu huraikan

leka...

hari ini...
18 NOVEMBER
pertama kalinya aku dengan tarikh ini
pertama kalinya aku perlu untuk simpan tarikh ini

selamat ulang tahun
selamat menjadi lebih dewasa
selamat menjadi insan lebih berguna

moga rezekimu lebih menggunung
moga rahmatmu melimpah ruah
moga kasih sayang kau dapat lebih sempurna





hati

tika hati ini mula berbicara...

hati ini sentiasa mencari kebenaran
kebenaran untuk terus hidup dalam keadaan yang aku sendiri tak pasti
hati ini sentiasa mahu jadi yang terbaik untuk diri sendiri
tapi hati ini jugak sentiasa berdolak dalih..
mampukah aku jadi apa yang aku impikan..

aku mahu satu jalan
tanpa ada simpang siur yang akan mengelirukan aku..
aku inginkan cahaya yang terang
untuk hari ku yang kelam
kusam
cahaya yang berbunyi hitam
kosong
walau ku buka hati
aku buka minda
mohon mentari tunjukkan wajahnya
biarpun silauan memedihkan mata

bawa aku
pimpin aku
buka jalan untuk aku...


hanya...

dalam doa ku titip cinta

dalam doa ku titip rindu

kutitip sayang juga kasih

tiada hari tanpa ku sebut nama mu

sujud, rukuk, dan setiap gerakku

lihat lentuk kehidupan

melayang terhempas

terkikis ombak

tidak tahu kemana

aku berlari

mencari...

kau guru terbaik

hadir sentiasa mengingatkanku

besarnya kuasa tuhan

tidak terkuak dengan mata hati.

kuat...

tegar...

tabah...

sabar...

itu dirimu...

AYAH...

duhai hati

duhai hati..
aku tahu engkau sedang menangis
aku tahu engkau sedang terluka
aku tahu engkau sedang merana
menangislah
berteriaklah
meraunglah

duhai hati...
aku tahu engkau sedang iri
aku tahu engkau sedang cemburu
aku tahu engkau sedang menahan amarah
bersabarlah
beristighfarlah
tenteramkanlah

duhai hati...
aku ada bersama kamu
allah ada bersama-sama kita
kuatlah wahai hati..
kuatlah...



perempuan

perempuan

kalau kau perempuan
tak payah la nak menggedik
tengok sana handsome
tengok sana kacak
kau mula nak jadi sotong
ber'jelly' sana sini

zaman memang dah berubah
ada whatsapp
ada weChat
kau menggedik jugak
look around sana sini
people nearby sepanjang masa
shake 24 jam
nampak jantan buaya kononnya kacak
semua kau puja
kenyataan,
muka jerawat batu
kepala dongga
perut memboroi
kalah wanita mengandung 9 bulan

hey perempuan
kalau murah jangan menunjuk
jangan kau menggeli
tak payah nak over

kau jumpa jantan sana kau kasi senyuman kau yang tak berapa nak laku
kau jumpa jantan sini kau kasi contact number

wehh perempuan
berapa jantan kau puja
berapa jantan kau nak

jangan jadi bodoh
buka minda
kau jangan tergoda
dugaan dunia kau kalah

hey perempuan
ibadah kau tak tinggal
solat 5 waktu
puasa cukup
penuh
puasa sunat pun ada
aurat? insyaallah terjaga ku rasa

tapi sedih
kau tak menjaga hati
kau tak menjaga mata
kau tak menjaga mulut

sedarlah perempuan
kau tu perempuan


satu persatu


hari-hari yang spoil penuh dengan semangat untuk jatuh.
melayang...
merenung kedepan entah apa akan berlaku
mampukah aku
satu persatu

dia.. si tunangan
baru kukenal
baru ku selongkar
itu dan ini
satu persatu terlihat
satu persatu juga berawangan di fikiran
mampukah aku
bolehkah dia

aku...
memohon kekuatan
memohon perlindungan
memohon waktu
memohon tenaga
bantu aku...
bolehkah???
dua jiwa yang berbeza kurasa

saat itu masih baru
tiada sebarang titik
tiada sebarang kata
yang aku tahu
hanya aku perlu pergi
jauh
hanya ini jalannya...

yaaa..!!! si pencemar ini harus pergi
tidak akan ada suara
gelap
sunyi


mereka...
maaf untuk semuanya..
terima kasih untuk semuanya..

mereka-mereka..
teguran untuk kebaikan
hanya menjentik
tapi laungan seperti di bom
maaf andai aku terlalu kasar
percakapan tidak berlapik
tapi ini aku
sekali lagi maaf
bencilah aku
tidak akan aku hiraukan

terima kasih.. serabut jiwa
perempuan gila itu aku
malam berganti malam
siang berganti siang
aku still kat sini
still tak boleh merubah keadaan ini

ohh manusia yang kufur akan nikmat
sedarlah dari mimpi mu
sedarlah dari angan mu
kau hanya berilusi
seakan-akan animasi kartun di tv

kata orang.... xpe lahh
biarkan kata orang
aku tidak percaya akan kata-kata orang
tipu belaka
dusta melangit
bukan aku tidak hormat
tapi sampai bila aku perlu dibelenggu
hormat itu hanya perlu kepada orang yang menghormati

maaf andai kau terguris
tapi aku lebih terguris
hati aku lebih terkoyak
sekali lagi aku katakan
aku penat
aku lelah

hanya satu
teruskan menghina
teruskan mencaci
terus biarkan aku di dunia fantasi ku
aku rela
aku redha
kerna aku tidak disyukuri atas kelahiranku didunia realiti
biarkan aku di dunia fantasi
biarkan aku berawang-awangan
biarkan aku tergapai-gapai

aku penat
aku lelah
menyaksikan kesombongan
menyaksikan kebongkakkan
perasaan bangga dengan mencaci
menghina
adakah kau sedar
yang dihina dan dicaci itu siapa?
kau menghina diri sendiri
kau mencaci diri sendiri
kau ketawakan diri sendiri
kau menunding jari kearah yang lain
kau sembunyikan kenyataan
kau kejam

cerminlah
bukalah minda

aku penat
aku  lelah
menahan perasaan
bergetar bibir menahan sakit
pedih
aku terluka
aku tersiksa
aku merana

dan kau
bertepuk tangan bersuka ria

over...

What more do you want to hear from me?
Is there anything you wish to see?
A joke? A laugh? A smile? A cry?
A scream? A song? A lullaby?
See I know we are not who we were
I live in denial, remember?
So please don’t ask me to open my eyes
Don’t wanna wake up and realize
The honeymoon’s over
That I should better
Be mature
I’m sorry I do not know what to say
Do understand I’m breaking, but hey
When you tell me that you are leaving
Don’t think I did not see it coming
See, of course I saw we no longer
Having stuff we enjoy together
But can we play along our part
And not parade this change of heart?
Are you really sure
That we off better
And over?
What more can I say when you wish to leave today
I wont break down now and burst
But –
Would you like to have one last breakfast?
Of course I saw we no longer
Having stuff we enjoy together
But can we play along our part
And not parade this change of heart?
Are you really sure
That we off better
And over?

by fynn jamal <3

lelah...

aku diberi nasihat..
sabar, tabah, kuat..
belajarlah memaafkan..

jujur
kenapa perlu ada kemaafan sedangkan aku tidak pernah wujudkan kemarahan atau mencari salah mereka-mereka.

tapi akan aku persoalkan.. kenapa mesti aku yang menjadi mangsa kepada keadaan yang tak sepatutnya bukan ditempat aku.

buruk sangatkan aku
dicaci
dihina

usah aku kedunia ini andai aku akan diperlakukan begini.

hanya setakat ini kelembutan
keraskan jiwa
untuk aku terus hidup

untuk apa aku mengalah??
aku kah punca segalanya?
aku kah yang mencipta segala jurang yang ada??
aku bukan mangsa yang mudah terima kekalahan...!
kekalahan aku, kemenangan buat mereka
maka bertepuklah mereka..
keriangan...

saat ini
hanya aku
seorang diri terkontang kanting menolak beban yang sangat berat.
sendirian tanpa pertolongan,
tanpa dorongan,
tanpa kata-kata semangat.
AKU LELAH...!
MAAFKAN AKU..!

kadang-kadang



hidup kita memang tak sempurna. Allah suruh kita cari kesempurnaan tu. ibadah, taqwa, iman.

kadang-kadang..

orang tak pernah sedar yang Allah tu wujud.

kadang-kadang orang lupa yang Allah tu akan sentiasa ada kalau kita perlukan.

kadang-kadang orang hanya tahu tunding satu jari, mencari kesalahan yang lain, sedangkan orang tak sedar.
lagi 4jari sedang tertunding kearahnya.

kadang-kadang orang hanya mementingkan perasaan sendiri.

kadang-kadang dalam hidup masalah tidak berlaku tapi orang-orang selalu mencari masalah.

kadang-kadang sesuatu masalah tu boleh diselesaikan dengan baik tapi sengaja diperbesarkan dan
diperburukkan.

kadang-kadang apa yang tertulis untuk kita, susah untuk kita terima.

kadang-kadang kita cuba ubah apa yang tertulis untuk kita.

kadang-kadang apa yang diuji seperti tak tertanggung.. berat.

kadang-kadang.... memaafkan itu akan menjadi sesuatu yang manis, bila kita ikhlas.

maaf...

assalamualaikum..

sekali lagi hati ini berbicara sendiri. berfikir apa yang terbaik untuk hati, untuk diri sendiri dan untuk keluarga. 
kadang-kadang kita tak tahu apa yang tersimpan dalam hati yang lain kalau apa yang disimpan tu tak diluahkan. di selami dari hati ke hati. aku sendiri tak pandai meluahkan, tak pandai nak tunjuk, tak pandai untuk merasai apa yang tertunjuk.. 
MAAFKAN AKU.. ini khilaf aku, ini kelemahan aku, ini yang aku tak mampu.. saat aku membenci, aku tersangat pedih, saat aku mula menyayangi, ada saja yang tak kena. itu dan ini bermain dalam minda. 

sayang dan kasih aku untuk mereka, maaf andai tak tertunjuk, maaf andai tak terlihat.

hati batu tak mampu diubah.. 



bonda... bantu perjalanan hidupku.
ayahanda... restui hidupku.
kalian aku perlu untuk hari-hari mendatang, untuk jadi kekuatan dalam diri ini. kerana aku tak kuat.
dunia yang besar yang penuh dengan cubaan. dan aku memerlukan lebih kekuatan dan kekuatan itu masih belum halal buatku. 

bonda dan ayahanda, restuilah pilihanku,, restuilah jalanku. keredhaan Allah terletak pada keredhaan kalian. 
terima kasih kerana melahirkan aku kedunia ini.


dia kah untuk aku???

bismillah...

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...



bercakap mengenai kehidupan berpasangan, berkeluarga, perkahwinan.. semua tak terkecuali daripada perkara-perkara ini. semuanya akan menginginkan bahagia bersama pasangan masing-masing, mengharapkan kesempurnaan yang tidak pernah mungkin ada.. 
mencintainya bagi mengharapkan keredhaan Allah, bukan keseronokan syaitan.. dan berharap ianya akan berkekalan sehingga ke jannah.. 

berkahwin dengan orang yang tidak dicintai mahupun dikenali dengan rapat mungkin satu tekanan jiwa buat aku.. tapi mungkin ini jugak kehendak aku, doa aku dalam solat dan Allah makbulkan.. tipu la andainya aku katakan aku boleh terima keadaan ni dengan tenang..terlalu banyak persoalan dalam minda aku...

"betul ke aku nak nikah dengan dia?"

"betul ke dia bakal suami aku?"

"adakah pilihan aku ni tepat atau aku sekadar gelojoh membuat keputusan?"

istikharah dah... tapi tiada apa sebarang tanda bagi meyakinkan aku.. persuratan apakan ini?
hanya ketenangan saat menatap wajahnya dari jauh, perasaan bahagia hanya saat aku memandangnya.. apakah itu satu petanda???

aku tidak mengenali siapa dirinya, agak keterlaluan untuk aku banyak bertanya.. aku takut jika aku tersalah membuat pilihan. bagaimana sebenarnya akhlaknya, ibadahnya, tingkah lakunya... 

mampukah dia memimpin aku bagi menjamin keluarga yang sakinah.. mampukah dia mencorakkan bakal anak-anak untuk menjadi anak yng solehah serta taat Allah serta Rasul.. juga kedua orang tuanya.. dan aku sendiri terfikir, mampukah aku menjadi seorang isteri yang taat akan suaminya.. seorang isteri yang solehah sedangkan ilmu didada belum dipenuhi..

Allah...
hanya Engkau penenang bagi hatiku yang gelisah...
hanya Engkau yang mengetahui segalanya.. 

saat kita disakiti..

bila dah sayang someone tuu, yaa..! i'll love that person so much sampaikan i can stand with his perangai yang sangat-sangat ... err kalau orang lain tak tahu la boleh tahan ke tak macam mana aku bertahan sampai sekarang.

he always make me cry. always mencabar kesabaran aku, memaksa aku buat perkara yang aku tak suka, yang aku tak nak buat pun. if tak buat, he said aku tak sayang dia..
perlu ke macam tu untuk buktikan sayang aku.. sampai kan berhabis wang ringgit. 
bagi aku, sayang tu cukuplah sekadar hati ini yang berbicara. ini bukan hubungan yang halal untuk aku berlebihan. 
maaf.. aku sendiri masih mencari, dan masih tercari-cari erti cinta itu sendiri.. cintai pencipta is better daripada mencintai yang dicipta.. 
jujur, i wanna say that i love you. but dalam sayang tu, ada rasa marah, sakit hati, kecewa.
sedih bila fikirkan sesuatu yang bakal berakhir tanpa ada sebarang hasil. bertahun aku bersabar, dan kesabaran aku berakhir macamni.. 
maaf andai aku akan mengambil masa yang terlalu lama untuk keputusan itu. tapi itu memang kenyataan, kerana aku masih belum bersedia untuk perpisahan yang kau pinta.

bukan ini yang aku harapkan.. tapi aku akan terima dengan hati yang terbuka.. 


menginginkan seperti ini..

-PERKENALAN-

Usai habis peperiksaan SPM pada tahun 2011 , aku mengikuti rombongan class ke Genting - Kl . 

Pernah sekali singgah di Masjid Syah Alam utk solat . Waktu itu ada hamba Allah sedang mengalunkan ayat ayat suci Al-Quran , imam masjid mungkin . Menitis airmata membasahi pipi tanpa disedari . Ku mula rendahkan hati pada Ilahi . Terasa suatu perasaan yg sangat tenang menusuk ke kalbu . Masa solat magrib di sana , entah mengapa , tatkala aku sujud pada sujud terakhir , airmata ini deras mengalir membasahi lantai rumahNya . Sungguh , perasaan itu sukar digambarkan ! 

Hajat hati , ingin menghulurkan sedikit di tabung masjid . Namun dek kekejaran masa , hajat itu tidak kesampaian . Aku terlupa . 

Beberapa minggu kemudian , di takdirkan Allah . Aku berkenalan dengannya di alam maya ini . Berkenalan sebegitu sahaja . Tak lebih . Masa itu , aku di rumah , bekerja sementara di warung kedai makan depan rumahku mengisi masa lapang usai SPM . Dia di syah alam , bekerja di sana . 
Kebetulan , aku tercerita pengalaman dan hajat yg tidak kesampaian padanya . Alangkah terkejutnya , subuh itu , seperti kebiasaan dia pergi ke masjid yg sama , menunaikan solat subuh berjemaah dan menyempurnakan hajatku . Allah . Hanya Dia yg tahu rasa hati ini ketika itu . Hati mula berbunga . Namun , tetap ku serahkan padaNya . Doa yg sama ku panjatkan dalam setiap doaku , "ya Allah , berikanlah suami yg terbaik buatku .."

Suatu ketika , dia memberitahu dia ingin pulang ke kampung halaman , kedah . Dan menyatakan hasratnya ingin ketemui aku . 

"Kenapa nak jumpa saya ? Saya biasa biasa saja .."

"Saya jumpa awak bukan nk tengok cacat cela awak . Tapi nak jumpa bakal isteri saya .."

Allah .. luluh hati ini . Terpaku . Terdiam . Terrrrr .. tak tahu nak cakap . 
Aku dirikan solat istikharah malam itu . Aku ternampak bayang belakang badan seorang lelaki , lalu dia berpusing menghadapku , lalu memanggil , "Aishah .."
Aku tersedar dari mimpi . Seperti biasa , ada peneman di pipi , si airmata . 

Esoknya , aku siapkan diri berjumpa dengannya . Berjumpa di KFC Pendang . Waktu itu , aku seperti gadis melayu trakhir ! Malu tak terkata ! Terasa pipi merah menyala ! Aduhaii , aku kah ini ?? Bukan selama ini tiada perasaan malu aku terhadap lelaki ? Bukan selama ini aku bencikan lelaki ? Mengapa saat ini aku tertunduk malu , terasa hormat padanya . 
Si dia datang bersama kembar dan adiknya .. aku duduk jauh di belakangnya sewaktu dia mahu membayar makanan . Dan ....
Dia berpusing ke belakang , dan memanggil namaku , "Aishah ...." dengan lembut sekali . 

Allah . Kepala yg tertunduk , mata yg dipejam ku angkat , ku bulatkan mata melihat dia . Ya Allah . Sekali lagi ... Alhamdulillah .. sekali lagi mimpi aku menjadi kenyataan . Diakah ?? 

Masa makan , suasana bagaikan sunyi sepi . Padahal ada riuh si anak kecil . Ada bunyi radio yg bermain . Gugup !! Diam !! Sepi ... 
Dia letakkan kotak cincin di atas meja . 

"Sudi jadi isteri saya dunia akhirat ?" 

"Allah ..." 

Lalu ku ambil bekas itu , tanda , ya :')

Keesokannya , ku ajak dia ke rumah . Berjumpa kedua orang tua ku. Dan kemudian , aku pula ke rumahnya . Berjumpa ayah dan ibunya . 

Allah . Indah segala aturanNya . 
Alhamdulillah . 

Allah satukan kita pada 13-12-13 . 
Pada hari pernikahan kita , terjadi lagi mimpi aku . 
Aku duduk bersimpuh memakai jubah itu . Di sebelah kananku ada ibuku , dan di sebelah kiriku ada sahabat2 ku . Ku duduk diam penuh pengharapan mendengar kamu melafazkan lafaz sakinah itu. 

Duhai suamiku . Kamulah yg sebenarnya dalam mimpiku selama ini. 

Alhamdulillah

#copy n paste