maaf...

assalamualaikum..

sekali lagi hati ini berbicara sendiri. berfikir apa yang terbaik untuk hati, untuk diri sendiri dan untuk keluarga. 
kadang-kadang kita tak tahu apa yang tersimpan dalam hati yang lain kalau apa yang disimpan tu tak diluahkan. di selami dari hati ke hati. aku sendiri tak pandai meluahkan, tak pandai nak tunjuk, tak pandai untuk merasai apa yang tertunjuk.. 
MAAFKAN AKU.. ini khilaf aku, ini kelemahan aku, ini yang aku tak mampu.. saat aku membenci, aku tersangat pedih, saat aku mula menyayangi, ada saja yang tak kena. itu dan ini bermain dalam minda. 

sayang dan kasih aku untuk mereka, maaf andai tak tertunjuk, maaf andai tak terlihat.

hati batu tak mampu diubah.. 



bonda... bantu perjalanan hidupku.
ayahanda... restui hidupku.
kalian aku perlu untuk hari-hari mendatang, untuk jadi kekuatan dalam diri ini. kerana aku tak kuat.
dunia yang besar yang penuh dengan cubaan. dan aku memerlukan lebih kekuatan dan kekuatan itu masih belum halal buatku. 

bonda dan ayahanda, restuilah pilihanku,, restuilah jalanku. keredhaan Allah terletak pada keredhaan kalian. 
terima kasih kerana melahirkan aku kedunia ini.