hati

tika hati ini mula berbicara...

hati ini sentiasa mencari kebenaran
kebenaran untuk terus hidup dalam keadaan yang aku sendiri tak pasti
hati ini sentiasa mahu jadi yang terbaik untuk diri sendiri
tapi hati ini jugak sentiasa berdolak dalih..
mampukah aku jadi apa yang aku impikan..

aku mahu satu jalan
tanpa ada simpang siur yang akan mengelirukan aku..
aku inginkan cahaya yang terang
untuk hari ku yang kelam
kusam
cahaya yang berbunyi hitam
kosong
walau ku buka hati
aku buka minda
mohon mentari tunjukkan wajahnya
biarpun silauan memedihkan mata

bawa aku
pimpin aku
buka jalan untuk aku...


hanya...

dalam doa ku titip cinta

dalam doa ku titip rindu

kutitip sayang juga kasih

tiada hari tanpa ku sebut nama mu

sujud, rukuk, dan setiap gerakku

lihat lentuk kehidupan

melayang terhempas

terkikis ombak

tidak tahu kemana

aku berlari

mencari...

kau guru terbaik

hadir sentiasa mengingatkanku

besarnya kuasa tuhan

tidak terkuak dengan mata hati.

kuat...

tegar...

tabah...

sabar...

itu dirimu...

AYAH...

duhai hati

duhai hati..
aku tahu engkau sedang menangis
aku tahu engkau sedang terluka
aku tahu engkau sedang merana
menangislah
berteriaklah
meraunglah

duhai hati...
aku tahu engkau sedang iri
aku tahu engkau sedang cemburu
aku tahu engkau sedang menahan amarah
bersabarlah
beristighfarlah
tenteramkanlah

duhai hati...
aku ada bersama kamu
allah ada bersama-sama kita
kuatlah wahai hati..
kuatlah...