buat bakal imamku


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Ke hadapan calon imamku... 
Apa khabar kamu disana? dengan izinNya, aku ingin mencoretkan sesuatu buatmu..
Dengan penuh rasa syukur, aku berterima kasih kepada Allah kerana menganugerahkanmu kepadaku.

Coretanku ini bukanlah untuk mengganggu atau menggusarkan hatimu.
Cuma sekadar coretan hati kecilku..
ketahuilah dirimu bahawasanya aku ini hanya insan yang lemah.. dengan itu aku memerlukan kamu sebagai penguat untuk aku terus menempuh segala dugaan dan cabaran yang telah Allah berikan.
Aku bukalah jelitawan seperti apa yang engkau harapkan, aku juga bukan hartawan yang akan membanjirkanmu dengan harta dunia..

wahai bakal imamku..
Aku akan ikhlas menerima segala kekuranganmu.
Tanpa ada keluhan..
Tanpa ada rasa jemu..
Tidak ku minta emas permata,
Tidak ku minta ketampanan darimu..
Yang aku perlu adalah kamu, menjadi Imam di dalam keluarga yang sakinah..
Aku menginginkan kamu menjadi Imam disetiap solatku.
Aku inginkanmu sebagai Imam untuk membimbingku kejalan yang benar. 

duhai imamku...
Dimanakan engkau?
Aku akan setia menantimu dengan penuh sabar.
Aku tudak akan pernah lelah untuk itu. 
Yakinlah denganku wahai Imam.
Dan saat itu, ketika kita dipertemukan.
Aku telah persiapkan diriku untuk menjadi makmum mu..

Aku menyayangimu bakal Imamku walau siapa pun kamu hanya kerana Allah..