dia kah untuk aku???

bismillah...

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...



bercakap mengenai kehidupan berpasangan, berkeluarga, perkahwinan.. semua tak terkecuali daripada perkara-perkara ini. semuanya akan menginginkan bahagia bersama pasangan masing-masing, mengharapkan kesempurnaan yang tidak pernah mungkin ada.. 
mencintainya bagi mengharapkan keredhaan Allah, bukan keseronokan syaitan.. dan berharap ianya akan berkekalan sehingga ke jannah.. 

berkahwin dengan orang yang tidak dicintai mahupun dikenali dengan rapat mungkin satu tekanan jiwa buat aku.. tapi mungkin ini jugak kehendak aku, doa aku dalam solat dan Allah makbulkan.. tipu la andainya aku katakan aku boleh terima keadaan ni dengan tenang..terlalu banyak persoalan dalam minda aku...

"betul ke aku nak nikah dengan dia?"

"betul ke dia bakal suami aku?"

"adakah pilihan aku ni tepat atau aku sekadar gelojoh membuat keputusan?"

istikharah dah... tapi tiada apa sebarang tanda bagi meyakinkan aku.. persuratan apakan ini?
hanya ketenangan saat menatap wajahnya dari jauh, perasaan bahagia hanya saat aku memandangnya.. apakah itu satu petanda???

aku tidak mengenali siapa dirinya, agak keterlaluan untuk aku banyak bertanya.. aku takut jika aku tersalah membuat pilihan. bagaimana sebenarnya akhlaknya, ibadahnya, tingkah lakunya... 

mampukah dia memimpin aku bagi menjamin keluarga yang sakinah.. mampukah dia mencorakkan bakal anak-anak untuk menjadi anak yng solehah serta taat Allah serta Rasul.. juga kedua orang tuanya.. dan aku sendiri terfikir, mampukah aku menjadi seorang isteri yang taat akan suaminya.. seorang isteri yang solehah sedangkan ilmu didada belum dipenuhi..

Allah...
hanya Engkau penenang bagi hatiku yang gelisah...
hanya Engkau yang mengetahui segalanya.. 

saat kita disakiti..

bila dah sayang someone tuu, yaa..! i'll love that person so much sampaikan i can stand with his perangai yang sangat-sangat ... err kalau orang lain tak tahu la boleh tahan ke tak macam mana aku bertahan sampai sekarang.

he always make me cry. always mencabar kesabaran aku, memaksa aku buat perkara yang aku tak suka, yang aku tak nak buat pun. if tak buat, he said aku tak sayang dia..
perlu ke macam tu untuk buktikan sayang aku.. sampai kan berhabis wang ringgit. 
bagi aku, sayang tu cukuplah sekadar hati ini yang berbicara. ini bukan hubungan yang halal untuk aku berlebihan. 
maaf.. aku sendiri masih mencari, dan masih tercari-cari erti cinta itu sendiri.. cintai pencipta is better daripada mencintai yang dicipta.. 
jujur, i wanna say that i love you. but dalam sayang tu, ada rasa marah, sakit hati, kecewa.
sedih bila fikirkan sesuatu yang bakal berakhir tanpa ada sebarang hasil. bertahun aku bersabar, dan kesabaran aku berakhir macamni.. 
maaf andai aku akan mengambil masa yang terlalu lama untuk keputusan itu. tapi itu memang kenyataan, kerana aku masih belum bersedia untuk perpisahan yang kau pinta.

bukan ini yang aku harapkan.. tapi aku akan terima dengan hati yang terbuka.. 


menginginkan seperti ini..

-PERKENALAN-

Usai habis peperiksaan SPM pada tahun 2011 , aku mengikuti rombongan class ke Genting - Kl . 

Pernah sekali singgah di Masjid Syah Alam utk solat . Waktu itu ada hamba Allah sedang mengalunkan ayat ayat suci Al-Quran , imam masjid mungkin . Menitis airmata membasahi pipi tanpa disedari . Ku mula rendahkan hati pada Ilahi . Terasa suatu perasaan yg sangat tenang menusuk ke kalbu . Masa solat magrib di sana , entah mengapa , tatkala aku sujud pada sujud terakhir , airmata ini deras mengalir membasahi lantai rumahNya . Sungguh , perasaan itu sukar digambarkan ! 

Hajat hati , ingin menghulurkan sedikit di tabung masjid . Namun dek kekejaran masa , hajat itu tidak kesampaian . Aku terlupa . 

Beberapa minggu kemudian , di takdirkan Allah . Aku berkenalan dengannya di alam maya ini . Berkenalan sebegitu sahaja . Tak lebih . Masa itu , aku di rumah , bekerja sementara di warung kedai makan depan rumahku mengisi masa lapang usai SPM . Dia di syah alam , bekerja di sana . 
Kebetulan , aku tercerita pengalaman dan hajat yg tidak kesampaian padanya . Alangkah terkejutnya , subuh itu , seperti kebiasaan dia pergi ke masjid yg sama , menunaikan solat subuh berjemaah dan menyempurnakan hajatku . Allah . Hanya Dia yg tahu rasa hati ini ketika itu . Hati mula berbunga . Namun , tetap ku serahkan padaNya . Doa yg sama ku panjatkan dalam setiap doaku , "ya Allah , berikanlah suami yg terbaik buatku .."

Suatu ketika , dia memberitahu dia ingin pulang ke kampung halaman , kedah . Dan menyatakan hasratnya ingin ketemui aku . 

"Kenapa nak jumpa saya ? Saya biasa biasa saja .."

"Saya jumpa awak bukan nk tengok cacat cela awak . Tapi nak jumpa bakal isteri saya .."

Allah .. luluh hati ini . Terpaku . Terdiam . Terrrrr .. tak tahu nak cakap . 
Aku dirikan solat istikharah malam itu . Aku ternampak bayang belakang badan seorang lelaki , lalu dia berpusing menghadapku , lalu memanggil , "Aishah .."
Aku tersedar dari mimpi . Seperti biasa , ada peneman di pipi , si airmata . 

Esoknya , aku siapkan diri berjumpa dengannya . Berjumpa di KFC Pendang . Waktu itu , aku seperti gadis melayu trakhir ! Malu tak terkata ! Terasa pipi merah menyala ! Aduhaii , aku kah ini ?? Bukan selama ini tiada perasaan malu aku terhadap lelaki ? Bukan selama ini aku bencikan lelaki ? Mengapa saat ini aku tertunduk malu , terasa hormat padanya . 
Si dia datang bersama kembar dan adiknya .. aku duduk jauh di belakangnya sewaktu dia mahu membayar makanan . Dan ....
Dia berpusing ke belakang , dan memanggil namaku , "Aishah ...." dengan lembut sekali . 

Allah . Kepala yg tertunduk , mata yg dipejam ku angkat , ku bulatkan mata melihat dia . Ya Allah . Sekali lagi ... Alhamdulillah .. sekali lagi mimpi aku menjadi kenyataan . Diakah ?? 

Masa makan , suasana bagaikan sunyi sepi . Padahal ada riuh si anak kecil . Ada bunyi radio yg bermain . Gugup !! Diam !! Sepi ... 
Dia letakkan kotak cincin di atas meja . 

"Sudi jadi isteri saya dunia akhirat ?" 

"Allah ..." 

Lalu ku ambil bekas itu , tanda , ya :')

Keesokannya , ku ajak dia ke rumah . Berjumpa kedua orang tua ku. Dan kemudian , aku pula ke rumahnya . Berjumpa ayah dan ibunya . 

Allah . Indah segala aturanNya . 
Alhamdulillah . 

Allah satukan kita pada 13-12-13 . 
Pada hari pernikahan kita , terjadi lagi mimpi aku . 
Aku duduk bersimpuh memakai jubah itu . Di sebelah kananku ada ibuku , dan di sebelah kiriku ada sahabat2 ku . Ku duduk diam penuh pengharapan mendengar kamu melafazkan lafaz sakinah itu. 

Duhai suamiku . Kamulah yg sebenarnya dalam mimpiku selama ini. 

Alhamdulillah

#copy n paste