buat bakal imamku


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Ke hadapan calon imamku... 
Apa khabar kamu disana? dengan izinNya, aku ingin mencoretkan sesuatu buatmu..
Dengan penuh rasa syukur, aku berterima kasih kepada Allah kerana menganugerahkanmu kepadaku.

Coretanku ini bukanlah untuk mengganggu atau menggusarkan hatimu.
Cuma sekadar coretan hati kecilku..
ketahuilah dirimu bahawasanya aku ini hanya insan yang lemah.. dengan itu aku memerlukan kamu sebagai penguat untuk aku terus menempuh segala dugaan dan cabaran yang telah Allah berikan.
Aku bukalah jelitawan seperti apa yang engkau harapkan, aku juga bukan hartawan yang akan membanjirkanmu dengan harta dunia..

wahai bakal imamku..
Aku akan ikhlas menerima segala kekuranganmu.
Tanpa ada keluhan..
Tanpa ada rasa jemu..
Tidak ku minta emas permata,
Tidak ku minta ketampanan darimu..
Yang aku perlu adalah kamu, menjadi Imam di dalam keluarga yang sakinah..
Aku menginginkan kamu menjadi Imam disetiap solatku.
Aku inginkanmu sebagai Imam untuk membimbingku kejalan yang benar. 

duhai imamku...
Dimanakan engkau?
Aku akan setia menantimu dengan penuh sabar.
Aku tudak akan pernah lelah untuk itu. 
Yakinlah denganku wahai Imam.
Dan saat itu, ketika kita dipertemukan.
Aku telah persiapkan diriku untuk menjadi makmum mu..

Aku menyayangimu bakal Imamku walau siapa pun kamu hanya kerana Allah..



dont be sad

assalamualaikum... lama tak post entry.. 
then hari ni, nak post something... about him..
dah jadi lain.. lain sangat. dah jarang nak senyum. dah jarang nak kongsi cerita, diam je. 

aku sakit takde pun nak nasihat-nasihat, jaga makan minum ke apa ke. orang lain sakit, nasihat bukan main lagi ya Allahhhh.. cakap lemah lembut, pijak semut pun tak mati. 
sms dh takde. takde kredit katanya.. so terima je laa. online plak, lansung tak terasa pun nak text, orang lain boleh pulak conversation berjela-jela. sakit hati takde sapa pun yang tau. 

kuatkan hati aku Allah.. tunjukkan aku kebenaran..

merapu meraban di pagi jumaat

hari ni sambung lagi meneroka coding-coding blog skin neh.. bila nak terer tataw..
ok sebenaq-benaqnya base cod aku dapat dari blog anis, betol la kot nama dia.. 
but aku tak inform lg kat dia yang aku hambek benda alah nih.. muahahaha.. 
jap g ler aku g ketok pintu umah dia bagi salam semua okey bebeh?

dengan perut yang tersangat sakit, then pakcik kt luar tu dah buat simen.. terpikir lak, cane la aku nak kluaq jap g hoh?? simen tu kan lembut2 bak sutera lagi. pintu blakang la gamaknye.. hah gasak lahhh asalkan aku boleh keluar.. kalau duk dalam rumah ni terperap dalam bilik ngadap laptop. tu le keje haku hari-hari. 
tah berapa mini sangat la lappy aku rehat.. cian cayang cayang ucuk mama ni lahai.. *ok gedik sikit

nak buat cane kan, ni je la kawan aku dunia akhirat.. err.. tipu je, kawan aku saat aku bosan ada lah kot.. 
............

terstop lak kat ayat atas nih.. lepas 2 3 4 jam bru aku continue taip menaip.. haishhh.. pebenda yang aku buat ntoh ler sampai boleh pulah ter'paused' tulis entry.. 
mokcik nyanyok dah nakk..

haha, g sembang-sembang dgn pakcik tuan rumah yang tengah bancuh simen kat luor tu, nampak pulak jiran depan rumah yang selama ni biar je kosong rumah tu. datang mengemas ngemas kot. beli rumah besar besar tapi biar kosong.. lahai rugi kot.. sewakan kat orang pun ok apa kan.. masuk jugak duitnye goyang kaki je pun.


tu simen tu lembut lagi u'ollssss.. acene la aku nak keluar.. pakcik ni plak buat kejenye tak reti nak simpan barang.. main parking je kereta tayar satu tu kat depan tu.. lahai semak pulak mata ni memandang.. 

okbabai..
*suka gila stop mengejut*