tengah malam punya update

bismillah...
pengisian di tengah malam... update guna fon jaaa... enjoy it..!!

org ckp sahabat tu everything..
tp bg aku maybe x...
ko just blh kongsi suka jer
duka jangan harap
sebelah mata pun tak pandang
manusia kan u'olls..

ada sahabat jenis hipokrit..
ko datang sini kt aku ko mengata mengumpat orang tu.
ko pergi kat orang tu, ko hentam aku pulak...

ada pulak jenis mulut manis busuk...
rahsia org korek sampai lubang cacing..
lepas tu heboh satu dunia..
rahsia ko tu plak kepit celah ketiak diam2...

ada jugak jenis perasan nk mamposs...
ko ingat ko tu paling cun..
tapi haremmmm...
ko ingat ko tu hot...
tapi........

sedor2 lah ye...
utk diri sndri jugak...!!!

aku

aku ni manusia
akal aku cetek
fikiran aku pendek
pandangan tak jauh
sebab tu kadang-kadang aku ni bodoh

buat itu ini langsung tak fikir
bukan tak fikir tapi tak fikir panjang
akal sentot

bila something happen
baru aku nak menyesal
baru aku nak buka mata
baru aku akan kata 'oooo patut laaa'
baru aku akan rasa 'menyesal'
tapi menyesal aku tu dah tak berguna
terlajak perahu boleh diundur
terlajak kata badan binasa

hati menangis
mata pun nak menangis
dah menangis
still tak settle
still masih dalam keadaan yang sama
masalah masih ada
serabut still tak menjauh

mungkin salah aku
kifarah untuk dosa aku
mungkin amal aku belum cukup
mungkin aurat ku belum tertutup
mungkin maksiatku masih tidak terkawal
Allah tu maha Adil

tak apa...
aku redha
aku pasrah
aku usaha apa yang perlu aku usaha
aku tawakkal setakat mana yang aku mampu

untuk yang kehadapan
aku mohon semuanya yang terbaik
segala perubahan yang positif
sabar itu penentu segalanya
sabar..